My Routine, My Life

Just another WordPress.com weblog

Untuk Arwah Tok November 18, 2008

Filed under: |memory| — hafizd @ 3:37 pm

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Tok,
Abang sangat terkilan kerana tak dapat menatap wajah tok buat kali terakhir semalam 16 November 2008, abang teringin sangat nak tengok dan cium tok sebelum tok dikafankan, penat abang mencari saudara yang mungkin mengabadikan kenangan dalam bentuk digital..tetapi hampa… abang terpaksa terima semua ketentuan ilahi. Memang sudah termaktub dalam perjanjian Allah, maka abang perlu redha.Abang sampi di rumah pkul 7mlm dari KL, jenazah tok dikebumikan jam 5.30ptg. Apakan daya…

Tok,
Abang, mama, abah dan adik baru balik dari majlis tahlil di rumah pak jang. Kelihatan abah dan pakjang dan ahli keluarga yang laen sangat sedih di atas pemergian tok. Mama pon kerap bercerita tentang perihal Tok menyuruh Mama membuat Gado2. Tapi, itu hanyalah keinginan Tok yang tidak kesampaian. Sampai sekarang abang masih tak percaya yang tok dah tak ada di dunia ini. Setelah sampai dari KL magrib semalam, abang hanya sempat menjengok tanah perkuburan dimana tok bersemadi bersebelahan arwah tokwan. Tentu sudah lama Tokwan menunggu kehadiran Tok.

Semasa kecil, abang selalu menemani tok di rumah pada waktu malam. Toklah yang selalu mengejutkan abang bangun untuk berjemaah di masjid. Toklah yang selalu mengingatkan abang supaya menghafal sifat 20. Tok lah juga mengajarkan doa selawat yang membolehkan kita mimpikan Rasulullah. Tok juga kerap gelakkan abang kerana tidor sambil mengulungkan diri dalam toto. Toklah yang tak dapat tidor jika meninggalkan abang di tingkat bawah. Tok juga pernah menceritakan pengalaman menaiki kapal terbang ke mekah. Yang paling abang tak boleh lupa bila tok mengatakan kapal terbang tuh berbunyi tatkala melanggar awan. Alhamdulillah, abang dah dapat mengalami detik itu.

Tenyata pengalaman itu akan mengingatkan abang kepada tok. Tok juga pernah berpesan apabila tok meninggal kelak, sedekahkan al fatihah dan tiga qul kepada tok setiap kali sesudah sembahyang. Abang ingat tok. Sekarang, setiap kali teringat tok, secara spontan abang akan menghadiahkan al fatihah. Tok pernah berkata bahawa kawan2 tok sudah lama meninggal.. yang tinggal hanya beberapa orang.sekarang, tok pula telah mengikuti jejak mereka. Sekarang tok telah bersama arwah tokwan, makteh, pak ngah mat, pak teh dan pak long li. Tok, terlalu banyak pengalaman kita lalui bersama. Tok lah yang menyuruh mama supaya tidak menghantar abang dan adik ke rumah pengasuh kerana tidak puas hati dengan penjagaan mereka. Mungkin kami merupakan cucu yang terdekat, maka tok sangat menitik beratkan hal elwal harian kami.

Acapkali makan tengahari kami akan dihidang dengan lauk minyak. Abang paling suka lauk minyak tok. Sehingga sekarang abang masih ingat saat tok menolong dengan susah payah untuk memasak lauk minyak. Masa tuh, tok sudah mula sakit dan tidak sihat. Abang sayang pada tok. Tiada penganti seperti tok di dunia ini. Sekarang abang hanya ada tok pah dan wan mat. Selepas ini, tiada lagi istilah tok untuk abang. Abang tak sanggup menaip lagi sebab abang tengah sebak menahan tangisan. Aban akan semadikan catitan nih dalam blog abang supaya abang dapat membaca dan mengembalikan ingatan abang terhadap tok. Tok, masih banyak perkara yang abang belum dapat tunaikan. Tetapi apakan daya tok dah pergi menghadap ilahi. 2 minggu lepas, abang bermimpi tok kembali sihat dan ceria. Terus, dari johor abang membuat keputusan untuk balik ke kedah. Alhamdulillah, dapat berjumpa dan mencium tok. Rupa2nya, itu merupakan ciuman terakhir….

Al Fatihah buat Arwah Zainab Bt Ismail

[17 November 2008, 2.00AM]

Semoga roh Tok dicucuri rahmat. Amin
 

10 Responses to “Untuk Arwah Tok”

  1. ++ahlinujum++ Says:

    waaaaa aku rindu same nenek ku

    die jer tok aku yg tgl huhu

  2. moroka Says:

    Takziah. moga rohnya dicucuri rahmat Allah. amin

  3. Hafizd Says:

    Kd:

    Sentiasa rindukan orng yang tersayang dan amik gmbo/video bnyk mase masih ada.. u’ll be missing them toooo much when they’re not here anymore…

    Harith:

    amin.. ya Rabbal A’lamin.

    Moroka:

    Thanks.. Moga2 Tok ditempatkan di kalangan ahli2 yg diredhai Nya.. Amin

  4. isnsuhada Says:

    takziah dik atas pemergian tok yg disayangi…

    sebak bila baca entry ni..tiba2 jer teringat mak abah akak kat kg..waaa

  5. LuN Says:

    al-fatihah.
    semoga roh allahyarham dicucuri rahmatNya. Amin

  6. theQueen Says:

    adeh. sedey bak entry nih.
    penah la jugak nampak nenek ko masa anta/amik ko dlu2. haih.
    al-fatihah.
    amin.

  7. Hafizd Says:

    Kak Suhada:

    Thanks kak.. saya mmg terasa sangat2 kehilang tok saya. tapi kena redha. mati itu pasti.
    lesson learn, sentiasa jengok2 or call orng tersayang…we going to miss them when they r gone…

    Lun:

    Amin ya rabbala’lamin

  8. diya Says:

    alfatihah utk tok abang… [alahai, br nak wat kunjungan bls, cite sedih lak, huhu].

  9. Hafizd Says:

    Nico & Diya:

    Thanks.. moga2 arwah bersama orng2 yang dikasihiNya.. amin

    let the pass be history~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s